The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Trio Gergasi Merah Kembali Menjelang Perlawanan Menentang Perak

Aug 19, 2021 - FAS

Pengendali Gergasi Merah, Karsten Neitzel boleh menarik nafas lega setelah sebahagian pemain SFC yang tidak dapat disenaraikan pada perlawanan menentang Kedah DA FC tempoh hari kini sudah pasti hampir mendapat kecergasan yang diperlukan untuk menentang Perak FC di Ipoh, hujung minggu ini.

Terkini, sebahagian pemain Selangor FC yang sedang menjalani pemulihan sudah menunjukkan perkembangan positif di bawah seliaan ahli fisio pasukan Gergasi Merah, Helber Richard.

Pemain pertahanan tengah import Selangor FC, Tim Heubach mengalami kecederaan kaki kanan sejak beberapa minggu lalu kini telah kembali berlatih bersama pasukan namun masih dalam pemerhatian unit fisioterapi SFC.

Dalam perkembangan lain, pemain tengah muda, Aliff Haiqal Lau yang mengalami kecederaan di hamstring kiri semasa perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kini sudah dilepaskan dari unit fisioterapi dan sedang menjalani program pemulihan dan kecergasan dan berkemungkinan besar akan kembali bersama pasukan pada minggu hadapan.

Penjaga gawang utama Selangor FC, Khairulazhan Khalid yang mengalami kecederaan hamstring sebelum perlawanan Kedah Darul Aman FC baru-baru ini juga sudah kembali ke pangkuan pasukan

Manakala, tiga lagi pemain tonggak Gergasi Merah yang sedang menjalani sesi pemulihan bersama pegawai fisio Selangor FC seperti Halim Saari, Shahrel Fikri dan kapten pasukan, Brendan Gan dijangka bakal kembali selepas tamat musim ini.

Perkembangan lanjut mengenai pasukan utama Selangor FC akan dikemaskini dan dimaklumkan dari semasa ke semasa kelak.

Demi kebanggaan!